Sunday, May 3, 2009

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan I

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.



Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.




Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.



Pantai Pasir Panjang di Pulau Redang. Pantai ini meliputi pasir putih yang lembut. Batu karang dan ikan dapat dilihat di beberapa meter dari pantai.



Sejarah




Pada 1851, Abdullah Abdul Kadir Munshi pernah menceritakan hal Pulau Redang :



"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."




Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.


Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.


Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di
Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

























Ketinggian 4,095 m (13,435 k)
Lokasi Sabah, Borneo
Banjaran Banjaran Crocker
Kejelasan 4,095 m Berkedudukan ke-20
Koordinat 06°05′N, 116°33′E
Pendakian pertama 1858 oleh H. Low dan S. St. John
Laluan paling mudah daki








Pembentukan


Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan
bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar [4].
Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095
meter.






Ciri fizikal


Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.
Kesemua puncak tinggi di
dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinusok Gravel iaitu satu tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.



Gua Niah di Sarawak merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.





Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah menduduki kawasan seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.


Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.


Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.













Jumpaan manusia prasejarah


Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras dimana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.


Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.

Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.

Taman Negara NIah

Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan Bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu. JArak daripada Bandaraya Miri adalah kira-kira 90km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar Bintulu adalah kira-kira 120km (2jam).


Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspress yang pergi dari Bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang terdapat disekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu. Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah.


Kemudahan

Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat Kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.


No comments:

Post a Comment